Hasil Tanaman

Buah berbentuk bintang 5, dari pokok Sacha Inchi ini boleh menghasilkan 2 bentuk produk asas:

1. Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi.
Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi ini merupakan minyak makan yang amat baik digunakan sebagai makanan. Minyak ini mengandungi apa yang dipanggil ‘Alpha-Linolenic Acid’ yang apabila dimakan akan membentuk ‘Eicosapenthaenoic Acid‘ atau ringkasnya EPA yang juga disebut sebagai Asid lemak Omega 3.  Disamping itu, ia juga akan menghasilkan ‘Decosahexaenoic Acid‘ (DHA) yang mudah disebut Asid Lemak Omega 6. Minyak ini juga akan turut menghasilkan ‘Oleic Acid‘ yang lazim disebut sebagai Asid Lemak Omega 9.
Minyak ‘Dara Sacha Inchi‘ perlu dihasilkan melalui proses pemerahan buah kering untuk mendapatkan minyak asli 100% tanpa sebarang unsur tambahan. Kaedah yang digunakan ialah melalui perahan ‘cold pressed‘, justeru, minyak yang dihasilkan ini layak diiktiraf sebagai ‘VirginSacha Inchi Oil.
Buah Sacha Inchi kering bersama-sama kulit luar
Biji dari  buah Sacha Inchi yang tiada kulit luarnya
Biji buah yang telah dibersihkan dari kulit arinya
Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi diperah secara ‘Cold Pressed’ 
2. Sacha Inchi Protein Tablets:
Tablet Protein Sacha Inchi dihasilkan setelah minyaknya diasingkan daripada biji buah Sacha Inchi terlebih dahulu.  Protein tablets ini mengandungi kesemuaEssential Amino Acid‘ yang diperlukan oleh tubuh manusia. Tablets ini juga mengandungi 10 jenis zat garam galian seperti: Calcium, Iron, Potassium, Magnesium, Sodium, Zinc, Copper, Manganese, Phosphorus &. Selenium.
Protein Tablets Sacha Inchi ini kaya dengan kesemua 8 jenis Amino Asid Terpenting yang amat diperlukan oleh tubuh yang tidak boleh membuatnya sendiri melainkan perlu diiport dari luar. Asid Amino ini adalah Bahan Binaan Utama untuk pertumbuhan sel-sel baru tubuh manusia. Ia turut diperkukuhkan lagi dengan zat garam galian yang diperlukan sebagai pelengkap kepada binaan tersebut.
Bahan-bahan ini tidak boleh mengubati sebarang penyakit kerana mereka bukannya ubat tetapi bahan makanan untuk pelbagai sel, seperti sel darah, sel tulang sel rambut, sel saraf, sel otot, sel kulit sel otak, sel mata, malah segala sel enzim serta hormon yang terdapat di dalam tubuh manusia, haiwan mahupun tumbuhan.
Apabila terdapat sel yang telah rusak, EPA (Omega 3) akan membaikinya dan jika perlu DHA (Omega 6) akan membina sel baru sebagai ganti, dan sel rusak itu akan dinyahkan dari tubuh.
Mereka memerlukan bahan binaan yang lengkap untuk melakukan tugas ini dengan sempurna. 
Apabila sel baru berjaya dinina, maka sel-sel inilah yang akan membina tisu baharu, organ baharu dan sistem baharu. Maka jadilah manusia itu orang baharu dengan sistem kekebalan yang baharu dan kukuh. Maksudnya, anda telah terbalikkan sistem rusak dahulunya dengan sistem yang baharu, yang sihat, maka sihatlah jadinya manusia itu
Sedarkah anda bahawa tidak kurang dari 60% rakyat Malaysia memiliki sistem tubuh yang telah rusakSemua bahan binaan untuk mengatasi masalah sistem tubuh yang telah rusak ini dapat dibekalkan oleh buah 5 bintang Sacha Inchi yang ANDA TANAM.
Syabas! Anda akan menjadi penyelamat kepada berjuta rakyat Malaysia khusunya dan beratus juta rakyat lain di dunia pada amnya.  Apakah potensi penanaman Pokok Sacha Inchi ini?
Bagi satu ekar tanah, pendapatan boleh mencapai sebanyak RM36,000 setahun.  Justeru itu, janganlah sis-sia tanah kebun anda.  Bagi anda yang tidak mempunyai tanah kebun untuk diusahakan, sertailah bidang pengeluaran Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi dan penghasilan ‘Protein Tablets’.
Anda boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut. 

Tepung biji buah Sacha Inchi yang telah digiling halus untuk dijadikan ‘Protein Tablets’.

Tetamu diberi penerangan tentang potensi penanaman pokok Sacha Inchi serta pelbagai produk yang dihasilkan.
Tuan Hj. Abdul Shukor Hj Aripin sedang memetik buah kering untuk semaian.
En. Husin Hj. Mohd Lana dan Tn. Hj Shukor melayan pelawat di kebun Lana Manjung di Bt 8 Lekir, Sitiawan, Perak.