Penanaman Pokok Sacha Inchi

Pokok Sacha Inchi atau nama saintifiknya ‘Plukenitia Volubilis‘ berasal dari tanah tinggi Peru, Amerika Selatan.  Sacha Inchi merupakan pokok menular, kini sedang ditanam secara besar-besaran di Thailand, Kampuchea, Vietnam serta Filipina. Kami di Malaysia, baru menanamnya sejak 2 tahun lalu.

Buah Sacha Inchi ini berbentuk Bintang 5, 4 atau 6.  Pokok akan  akan mula mengeluarkan buah selepas 10 bulan dan akan bertahan sehingga 30 tahun.  Kerja mula memang agak berat tetapi hanya pada tahun pertama sahaja, selepas itu hasil boleh dipungut sehingga 29 tahun berikutnya.

Produk utama dari buah kering Sacha Inchi ini ialah Minyak Makan Mentah.   Minyak ini tidak boleh diguna untuk menggoreng, kerana nilai khasiatnya akan musnah malah boleh menjadi mudharat sama seperti munyak masak lain.

Selain dari minyak makan, biji buah Sacha Inchi juga boleh dikisar menjadi tepung setelah minyaknya diasingkan terlebih dahulu dan kemudiannya dijadikan ‘Makanan Haiwan‘ diguna untuk tumbesaran dan membina otot, khususnya bagi anak-anak ayam, itek, ikan, kambing lembu dan sebagainya.  Kegunaan Sacha Inci ini turut melibatkan ‘Perusahan Produk Kosmetik’ bagi pengguna yang pentingkan kecantikan terutamanya bagi mereka yang mahu kekalkan ‘Awet Muda’.

Sebenarnya, masyarakat di negara maju menitikberatkan Minyak Sacha Inchi sebagai makanan kesihatan untuk membaik pulih pelbagai penyakit kronik.  Gejala Diabetes Jenis 2, Obesiti, sakit jantung serta sakit sendi dikatakan boleh diterbalikkan dalam tempoh masa 30 hari.  Di Malaysia juga tidak kurang pengidap gejala ini justeru itu, permintaan keatas minyak Sacha Inchi di negara ini juga akan meningkat dengan tingginya dalam beberapa tahun mendatang.  Inilah peluang bagi pekebun menanam tanaman ini untuk memenuhi permintaan tersebut.  Ayuh! Jom kita sama-sama usahakan tanaman ini demi meningkatkan mutu kehidupan rakyat Malaysia.

Potensi pendapatan pekebun bagi satu ekar tanah yang ditanam dengan 450 pokok Sacha Inchi, dengan penghasilan 450 kg. buah kering/pokok, boleh mencapai bermula dari RM4,500 sehingga RM15,000  setiap bulan selama 29 tahun berikutnya, tertakluk kepada kerajinan pekebun.  Inilah peluang terbaik bagi pekebun untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Semua unjuran pendapatan ini adalah tertakluk kepada bekalan dan permintaan pasaran!

Sepohon pokok Sacha Inchi boleh menghasilkan 1 kg. buah kering sebulan atau 12 kg. setahun.

Seekar tanah boleh ditanam dengan 450 pokok untuk menghasilkan 450 kg sebulan atau 5,400 kg setahun.

Buah gred A – RM10.00 ke RM35.00/kg. (buah kering berkulit dan bertangkai)5
Biji buah gred AA – RM30.00 ke RM70.00/kg. (buah tanpa kulit sarung luar – masih berkulit dalam).0
Biji buah Sacha Inchi kering gred AAA – RM60.00 ke RM150.00/kg. (biji bersih tanpa kulit dalam – sedia untuk diperah)0

Penanaman pokok Sacha Inchi ini memerlukan kaedahnya tersendiri,  Sebagai pokok menular,  piawaian khusus perlu diakuri untuk hidup lama.

Pemprosesan untuk mendapatkan Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi mesti menggunakan kaedah ‘Cold ‘Pressed’ agar mutu minyak terperlihara.

Usaha ini mempunyai potensi pulangan yang sangat lumayan  Bagi yang berminat untuk menceburinya, jom ke kedai mamak.berbincang lanjut.