RAHSIA PEMULIHAN SISTEM TUBUH

Sebelum mengetahui cara untuk memulihkan tubuh, anda perlu tahu terlebih dahulu mengapa tubuh menghadapi pelbagai masalah.  Punca semua masalah kesihatan ialah disebabkan oleh…

KEMARAU TUBUH BERPANJANGAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN!

Dalam lain perkataan, anda tidak minum AIR SEGAR untuk memenuhi keperluan sel dan tubuh.  Anda selama hari ini hanya minum cecair untuk memenuhi kehendak tekak sahaja.
Memang anda banyak minum tetapi, kopi, teh, Milo dan segala jenis minuman melainkan AIR SEGAR!

Mengapa anda perlu minum AIR SEGAR?

1. Sel anda hanya perlukan AIR SEGAR!
2. Sistem Pengaliran tubuh anda ialah TERUSAN AIR!
Untuk makluman anda, semua hal berkaitan tubuh hanya bergantung kepada satu-satunya Sistem Pengankutan – Air!
Segala khasiat pemakanan yang murah ataupun mahal yang diperlukan oleh Sel mesti dihantar melalui terusan ini dengan menggunakan ‘kapal selam’ yang dipanggil ’microtubules’.
‘Anti body’ iaitu tentera yang mengawal keselamatan tubuh dari ancaman luar dan mahu tumpaskan musuh perlu bergerak melalui terusan ini dengan menggunakan pengankutan kapal selam juga, seperti tentera laut atau polis marin.
Semua pembuangan sisa makanan, racun dan juga lemak berlebihan turut menggunakan saliran air ini.
Dalam lain perkataan semua fungsi demi kemakmuran tubuh manusia amat bergantung kepada Sistem Pengaliran yang sangat penting ini.
Bayangkan apabila AIR SURUT, bagaimana kapal yang membawa makanan dan tentera yang mahu mengesan dan tewaskan musuh dapat menjalankan tugas jika terkandas kerana ketiadaan air?
Bagaimana pula dengan sisa buangan serta lemak berlebihan mahu singkirkan dari tubuh?

Tidakkah AIR SEGAR amat penting untuk tubuh anda?

.