Pemprosesan Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi

Kerja awal untuk mendapatkan Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi perlu melalui beberapa proses: 

1. Setelah buah kering dipetik dan dikumpulkan, buah tersebut perlu dijemur sekurang-kurannya 2 hari. Ini perlu dilakukan untuk memudahkan biji dari buah diasingkan. Untuk keluasan 1 ekar, kami menggajikan 2 orang dengan upah RM40 / hari. Kerja memetik selama 2 hari akan menghasilkan 50 kg buah kering. Buah kering ini kemudiannya akan diasingkan dan disimpan dalam bekas yang bersih untuk proses berikutnya. 

2. Biji buah ini masih mempunyai kulit arinya yang perlu dipisahkan. Untuk tugas ini kami menggajikan 5 orang dengan upah RM30 / hari. Mereka akan habiskan 10 kg seorang. Semua biji buah yang sudah bersih ini akan disimpan dalam bekas bersih untuk proses berikutnya.

3. Kerja memerah biji bersih untuk mendapatkan minyak ‘Dara’. Pemerahan biji untuk mendapatkan minyak dilakukan dalam persekitaran yang bersih. Mesin perahan ialah jenis ‘cold pressed’. Minyak yang dihasilkan perlu disimpan dalam bekas kaca gelap sebelum dibotolkan. Dua orang dengan upah RM50/hari/orang sudah memadai.

Harga buah kering berkulit ialah sekitar RM10/kg.  maka 50kg, pendapatan ialah sebanyak RM500/minggu

Harga biji buah kering berkulit ari ialah sekitar RM20/kg.  maka 50kg, pendapatan ialah sebanyak RM1,000/minggu

Harga biji buah kering bersih tanpa kulit ialah sekitar RM40/kg.  maka 50kg, pendapatan ialah sebanyak RM2,000/minggu. 

Harga borong Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi yang diperah dengan kaedah ‘cold pressed’ boleh mencapai sehingga RM500/liter.

4. Pembotolan minyak untuk dipasarkan mesti berada dalam persekitaran bersih. Pekerja mesti menggunakan ‘mask’ dan sarung tangan untuk kerja ini. Peralatan yang sesuai perlu disediakan agar minyak tidak tumpah mengakibatkan kerugian. Botol juga perlu berupa botol kaca gelap. Setelah dibotolkan produk mesti disimpan dalam peti ‘chiller’ untuk mengekalkan kesegarannya sebelum pembungkusan untuk dipasarkan.

5. Kotak berisi produk perlu disimpan dalam peti ‘chiller’ sebelum diedarkan. Perhatian: Kerja pembotolan boleh dilakukan secara manual. Jika anda mampu membeli mesin pembotolan adalah lebih baik tetapi pastikan jumlah yang perlu dibotolkan itu berbilangan besar. Bagi kami menggajikan orang kampung lebih baik untuk untuk sama-sama menikmati menfaat ekonomi baharu yang berpotensi besar.

Pemprosesan Protein Tablet Sacha Inchi.

Kami tidak akan mengumumkan cara teliti proses dan pembikinan ‘tablet protein’ ini demi kepentingan pihak tertentu. Walaubagaimanapun, kami menggiling biji Sacha Inchi ini dengan mesin penggiling hingga menjadikannya tepung. Selepas itu ditabletkan dengan mesin tablet dan dibolotkan.

Apa yang penting sebagai pekebun ialah, anda tanam sahaja dan petik hasilnya. Perkara memprosesnya, biar kami yang lakukan.

Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti pemprosesan, bolehlah sertai kami wujudkan kilang memproses Sacha Inchi di beberapa lokasi di seluruh negara. Pelaburan sebanyak RM30,000 boleh membina sabuah pusat pemerahan Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi dan tambah RM20,000 lagi jika berminat untuk membikin ‘Protein Tablets’.

Pemprosesan Protein Tablet Sacha Inchi.

Kami tidak akan mengumumkan cara teliti proses dan pembikinan ‘tablet protein’ ini demi kepentingan pihak tertentu. Walaubagaimanapun, kami menggiling biji Sacha Inchi ini dengan mesin penggiling hingga menjadikannya tepung. Selepas itu ditabletkan dengan mesin tablet dan dibolotkan.

Apa yang penting sebagai pekebun ialah, anda tanam sahaja dan petik hasilnya. Perkara memprosesnya, biar kami yang lakukan.

Bagi mereka yang berminat untuk menjalankan aktiviti pemprosesan, bolehlah sertai kami wujudkan kilang memproses Sacha Inchi di beberapa lokasi di seluruh negara.

Pelaburan sebanyak RM30,000 boleh membina sabuah pusat pemerahan Minyak ‘Dara’ Sacha Inchi dan tambah RM20,000 lagi jika berminat untuk membikin ‘Protein Tablets’.