Hubungan Antara Asid Lemak Omega 3 & Omega 6 Dengan Sistem Kekebalan Manusia

Asid Lemak Omega 3 & Omega 6 boleh digambarkan sebagai Pembendung dan Perangsang kepada Sel.   Omega 3 bertindak sebagai PENGHINDAR kepada Sel manakala Omega 6 pula adalah PENGANJUR bagi mengimbangi segala Sel yang wujud dalam tubuh manusia.

Keradangan lazimnya disebabkan oleh ketidak-seimbangnya Sistem Kekebalan tubuh yang akan mencetus serangan Sel ‘B’ – selalunya disebut sebagai Sel Darah Putih. 

‘KERADANGAN’ bukanlah satu penyakit  tetapi ia adalah satu ‘PETANDA’.

Lazimnya KERADANGAN ini dipercayai disebabkan oleh makanan yang diambil yang menyebabkan ALAHAN seperti serangan Asthma, Sakit Sendi, Kegatalan kulit diseluruh tubuh serta tekanan lain.  Keradanagan ini sebenarnya adalah isyarat bersifat amaran yang diberikan untuk menunjukkan bahawa Sistem Kekebalan anda adalah samada ‘Terlebih Aktif’ atau ‘Kurang Aktif’.  Jika gejalan ini gagal dirawat di peringkat awal ia boleh menjuruskan kepada gejala yang lebih teruk dan ketidak-selesaan malah boleh menyiksakan.  Sistem Kekebalan yang terlebih aktif akan menyebabkan keradangan manakala sistem kekebalan yang kurang aktif  akan menyebabkan segala jenis jangkitan. Soalanya sekarang betapa yakin anda tehadap sistem kekebalan anda samada ianya terlebih aktif atau kurang aktif?
Sistem Kekebalan amat bergantung kepada fungsi Sel ‘B’ yang terdiri daripada ‘Macrophages’ serta tiga lagi jenis Sel ‘T’  – iaitu Sel ‘TH’ (Helper Cells), Sel ‘TS’ (Suppressor Cells) dan Sel ‘TK’ (Killer Cells). Mereka lazimnya akan menyelaraskan kerja mereka dengan baik dan berkesan apabila berada dalam dalam keadaan sempurna.
Tahukah anda apa akan terjadi jika Sistem Kekebalan terlebih aktif’ dan apa pula akan berlaku jika Sistem Kekebalan menjadi lemah atau kurang aktif?

Penyesuaian Tubuh Manusia Bagi Meningkatkan Sistem Kekebalannya

Tubuh manusia adalah satu ‘Jentera Bio’ unik yang berkeupayaan untuk membaiki dirinya sendiri dalam sebarang keadaan mengancam jika ia diberi alat yang sesuai dipanggil ‘Adaptogen’.

Adaptogen datangnya daripada makanan.  Justeru, kata-kata hikmah dari ‘Bapa Perubatan Modern’ Hippocrates –   “Jadikanlah makanan itu sebagai ubat dan ubat itu sebagai makanan kamu”.

Vitamin adalah amat penting bagi kesihatan baik. Vitamin A; B; C; D; E dan Vitamin F adalah penggalak kepada kesihatan yang tidak boleh disangkal kebaikannya untuk diri anda. Vitamin A;B;C;D;E; dan Garam Galian seperti Kalsium, Selenium, Magnesiun, Potassium, Kuprum, Besi, Zink dan banyak lagi sudah menjadi kebiasaan dan boleh dijumpai di setiap rumah. Bagaimanapun, pernahkah anda dengar perkataan Vitamin ‘F’ ?    Vitamin ini sangat penting tetapi ramai orang tidak tahu akan keajaibannya. Bagi mereka yang mengetahuinya, Vitamin ‘F’ ini adalah Vitamin PEMBOLEH IMBANG.  Masa kini, Vitamin ‘F’ ini dikenali sebagai Asid Lemak Terpenting Omega 3 & Omega 6. Biasanya kita boleh mendapatkan bahan ini daripada minyak ikan seperti ‘Cod Liver Oil’. Minyak ikan ini tidak begitu popular dikalangan pengguna kerana rasanya yang meloyakan dan bau hamisnya, walaupun ia adalah satu ADAPTOGEN yang sangat berguna untuk meningkatkan Sistem Kekebalan.  Kita beruntung hari ini kerana Vitamin penting ini boleh didapati dari sumber tumbuhan – Buah Sacha Inchi – Minyaknya didapati melalui perahan biji buah Sacha Inchi ini yang dipanggil Minyak Sacha Inchi
Minyak ini membekalkan ALA (Alpha-Linolenic Acid) dan LA (Linoleic Acid), apabila dimakan, tubuh akan menukar sifatnya kepada bentuk Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6. Vitamin ini akan bertindak untuk mengembalikan semula Sistem Kekebalan kepada tahap asal, tidak kiralah samada Sistem Kekebalan itu bersifat terlebih aktif atau kurang aktif.
Pernahkah anda terfikir mengapa warga tua mudah dijangkiti Virus Corona Covid-19 berbanding dengan orang muda?
Ya, Sistem Kekebalan yang kurang aktif akan memudahkan jangkitan Vitus Infuenza manakala Sistem Kekebalan yang terlebih aktif akan menyebabkan tercetusnya Eczema serta gejala ‘Auto-Immune’ yang lain. Maka mengimbagi semula Sistem Kekebalan amat penting disegerakan.  Dapatkan Vitamin PEMBOLEH IMBANG ini sekarang – Asid Lemak Terpenting Omega 3 dan Omega 6!

Hubungan Antara Asid Lemak Omega 3 & Omega 6 Dengan Otak Manusia

Setiap perhubungan antara mana-mana pihak semestinya berpaksi kepada keadilan dan hak saksama.  Sebarang ketidak- seimbang hak, sewajarnya akan menyemai ketidak- puasan yang akan menjurus kepada syak wasangka yang akan percikkan pertelingkahan dan cetusan masalah lebih rumit.  Menghormati hak setiap pihak itu tidak boleh disangkal betapa pentingnya hak tersebut.  Tuntutan asas ini  melibatkan semua pihak samada dikalangan sesama manusia mahupun dikalangan Sel dalam tubuh mereka.

Ambil Otak – organ terpenting – sebagai contoh! Tahukah anda bahawa otak dibina dari < 2% Asid Lemak Omega 6 sementara Asid Lemak Omega 3 membentuk 84% jisim Otak itu?  Jika otak setiap manusia itu terbentuk dengan konfigurasi sebegini rupa, masakan ada yang akan dibelenggu dengan gejala Penyakit Alzheimer’s, Kemurungan, Pelupa, atau Nyanyuk?  Mengapa otak warga tua mengecut dan menjadi lebih kecil dari asalnya?  Ya, kehilangan jisim otak sudah pasti akan menyebabkan otak mengecut yang juga disebut sebagai ‘Penuaan Otak’.  Apa sebenarnya yang otak telah kehilangan?  Ya benar, otak telah kehilangan Asid Lemak Omega 3. Memandangkan Asid Lemak Omega 3 amat penting bagi kelancaran otak, kehilangan Asid Lemak ini, semestinya akan membuatkan seorang individu itu berhadapan dengan ‘Keradanagan O(tak’, seperti Sakit Alzheimer’s, Kemurungan, Pelupa, atau Nyanyuk malah boleh menjejaskan fungsi Sistem Kekebalan mereka lalu membolehkan pencerobohan segala jenis Bakteria dan Virus.

Mengambil Asid Lemak Omega 3 setiap hari mungkin tidak akan mengatasi Penyakit Alzheimer’s, tetapi kehilangan Asid Lemak  Eicosapentaenoic Acid (EPA) dan Asid Lemak  Decosahaxeonic Acid (DHA) ini tentu sekali akan menyebabkan ‘Kehilangan Pegingatan’ serta keupayaan berfikir malah akan membuka laluan kepada Bakteria serta Virus untuk menyusuk masuk.  Kita tidak perlu menjadi seorang ‘Pakar Otak’ untuk memahami fakta mudah ini.

Kurangkan pengambilan Ikan Bilis dan Tempeh, supaya Asid Lemak Omega 6 berlebihan tidak akan masuk mengganggu-gugat prestasi dan kelancaran otak.  Asid Lemak Omega 6 berlebihan adalah sangat tidak baik untuk otak

Ambillah makanan tambahan yang diperlukan untuk bantu mengimbangi kadar Asid Lemak demi kelancaran fungsi otak.  Anda mungkin bukan seoarang yang ‘Pintar’ tetapi dengan kehilangan upaya untuk berfikir kerana kehilangan Asid Lemak Omega 3  ini, tentu sekali akan menjejaskan mutu kehidupan.

Kekalkanlah kesihatan otak anda dengan mengambil ‘Minyak Ikan’ pilihan anda atau jika anda suka, ambillah produk kami yang mempuinyai imbangan Asid Lemak Omega 3 dan Omega 6 dengan kadar 1:1. Individu berfikiran positif adalah mereka yang mempunyai imbangan Asid Lemak yang terbaik!

Hubungan Antara Asid Lemak Omega 3 & Omega 6 Dengan Jantung, Hati & Mata

     Sudah pastilah bahawa jantung, hati dan mata merupakan organ penting yang membuatkan kehidupan itu satu keajaiban yang wajar diperlihara untuk menjadikan hidup itu satu nikmat.  Bagaimanapun, penyakit jantung, hati dan masalah penglihatan akan merendahkan mutu kehidupan ke tahap ala kadar lagi tertekan.  Mengapa kita perlu melalui ketidak-tentuan ini dan perlu pula berbelanja banyak sumber hanya sekadar untuk terus hidup?  Tidak perlu disebut, semua ini adalah kerana gaya hidup.  Kita boleh atasi ancaman ini dengan mengubah amalan harian kita untuk beberapa bulan sahaja dan semuanya akan balik menjadi baik seperti sediakala.

Apakah punca segala masalah jantung, hati dan mata ini?  TRIGLYCERIDE!

Triglycerides adalah lemak pejal yang menempek keliling permukaan jantung membuatkan kerjanya menjadi lebih berat.  Sebelum itu, pembuluh darah juga telah turut dilapiskan dengan lemak sama dan ini memerlukan tekanan darah ditingkatkan lebih tinggi untuk menyalurkan darah ke seluruh tubuh.  Bagaimana boleh kita atasi masalah ini?

Sebenarnya, ia agak mudah untuk dilakukan. Oleh kerana triglyceride ini adalah rantaian lemak ikatan tiga serangkai, apa yang perlu kita lakukan hanyalah meruntuhkan ikatan lemak ini dan nyahkan mereka keluar.  Tahukah anda Asid Lemak Omega 3 ini boleh lakukan tugas ini dengan berkesan? Sebagai asid lemak tidak tepu, mereka akan carik-carikkan rantaian ikatan 3 serangkai ini selapis demi selapis dan dalam sedikit masa, jantung akan bebas dari cengkaman lemak pejal ini!

Begitu juga dengan triglycerides yang menenggek di hati, Asid Lemak Omega 3 ini akan kerjakan mereka selapis demi selapis, akhirnya akan membebaskan hati  dari bebanan lemak pejal ini.

Mata juga memerlukan Asid Lemak Omega 3, kerana Retina adalah binaan sepenuhnya dari Asid Lemak Omega 3.  Kehilangan mereka sedikit demi sedikat bagi sekian lama tentunya akan menjejaskan daya penglihatan.

Pastinya, anda memerlukan pakar jantung, hati dan mata untuk membantu anda.  Inilah dia – Asid Lemak Omega 3 –  alat ajaib untuk menjalankan tiga tugas penting ini serentak pada masa yang sama!